Wednesday, 19 October 2011


Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Tulisan Jawi: محضير بن محمد, dilahirkan pada 20 Disember 1925). Beliau amat popular dengan gelaran "Dr. M" dan nama pena beliau adalah Che Det. Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober2003, beliau menerajui Malaysia ke arah arus kemodenan dengan pantas dan memberi kemakmuran di setiap lapisan masyarakat Malaysia.
Pencapaian terbaik beliau adalah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang Melayu. Walau bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan dituduh bersifat kronisme.
Beliau juga merupakan seorang tokoh politikantarabangsa yang suka berterus-terang dan bersifat kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai Asia — kapitalisme autokratik yang dianjurkan oleh negeri — sebagai alternatif kepadaindividualisme Amerika Syarikat dan kapitalisme dasar berkecuali (laissez-faire).
Dr Mahathir telah dikaitkan dengan pembangunan pelbagai projek mega pada zaman pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC),Menara Berkembar PETRONASLapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC).
Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia", negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga. Pada Jun 2005, beliau dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia. Melalui perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan pemimpin paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara.

No comments:

Post a Comment