Bayangkan jika anda salah seorang dari juruterbang yang menerbangkan pesawat Airbus A320 dalam masa beberapa tahun akan datang. Rutin harian anda ialah pergi ke LCCT setiap awal pagi dengan memandu sebuah kereta import. Tiba di sana anda mendaftar masuk ke pejabat urusan juruterbang dan mendengar beberapa taklimat ringkas mengenai tugas yang perlu anda jalankan pada hari tersebut. 30 minit kemudian anda menuju ke pesawat dan masuk ke dalam dek penerbangan untuk membuat pemeriksaan sistem avionik pesawat.
Selepas memastikan semua sistem pesawat dalam keadaan baik, anda menghidupkan enjin pesawat untuk menggerakkanya ke bangunan terminal untuk mengambil penumpang dan krew penerbangan. Sebaik sahaja pintu utama kabin pesawat ditutup, anda sebagai Kapten pesawat meminta kebenaran dari menara kawalan untuk berlepas. Pesawat meluncur laju di landasan dan terbang menembusi awan ke destinasi yang hendak dituju.
Semasa penerbangan anda boleh menyaksikan keindahan pemandangan Matahari terbit di waktu pagi. Pemandangannya sangat cantik sehingga membuatkan anda berasa sangat bertuah kerana berjaya mencapai cita-cita anda menjadi seorang juruterbang dengan bayaran bulanan yang agak lumayan. Pasti anda berasa sangat bangga apabila ramai orang yang mengenali anda berasa kagum dengan keberanian anda menerbangkan sebuah pesawat berteknologi canggih menembusi langit.
No comments:
Post a Comment