Wednesday, 19 October 2011

sorotan tuan nye blog

yes,,akhirnya bebas juge bgi pljr malaysia yg tlh menjalani ujian penilaian sekolah rendah(UPSR).kpde
semua orang yang malayari blog saye trimas kerna sudi masuk ke dalam  blog yang kurang cantik ini hu3...
kpde pelajar skbt2 yang bermain ninja saga di fb boleh lah lhat cheat di laman blog saye kalau x jumpa teruskan mencari hahahaha.saya berbangga karana dapat belajar di sekolah skbt2 .semua cikgu  baik baik dan sangat mementingkan disiplan.trimas kapada cikgu zaidah yang sudi menjaga murid tahun 6 2011 walaupun ramai muridnya degil hehehe.kecuali saya hihi.saya harap semua dak2 bt2 dpt keputusan yang cemerlang apabila dapat
keputusan UPSR AMINNNN.....saya dan murid2 tahun 6 bersedih kerena hendak keluar dri sklh ini huhu..

selamat mmbaca ye,,enjoy your self...
Perdana Menteri ialah menteri yang paling kanan dalamkabinet, sebahagian cabang eksekutif dalam sistem berparlimen. Walaupun perdana menteri biasanya merupakanahli politik, ini tidak semestinya.
Dalam banyak sistem, Perdana Menteri memilih serta boleh memecat ahli-ahli kabinet, dan memperuntukkan jawatan kepada ahli-ahli dalam Kerajaan. Dalam kebanyakan sistem, perdana menteri merupakan pengerusi kabinet, tetapi dalam sebilangan sistem yang kecil, khususnya dalam sistem kerajaan separa presiden, perdana menteri ialah pegawai yang dilantik untuk menguruskan perkhidmatan awam dan melaksanakan arahan-arahan Presiden
Dalam sistem-sistem parlimen seperti sistem WestminsterUnited Kingdom, perdana menteri ialah ketua kerajaan, manakala ketua negara (RajaRatuPresiden, atau Gabernor Jeneral [de facto]) yang mungkin secara rasmi merupakan ketua eksekutif memainkan peranan istiadat. Perdana Menteri biasanya, tetapi bukan selalu, merupakan ahli parlimen dan dikehendaki memastikan pelulusan rang undang-undang olehbadan perundangan. Dalam sebilangan pemerintahan beraja, perdana menteri juga mempunyai kuasa eksekutif (dikenali sebagai Prerogatif Diraja) yang terletak pada takhta kerajaan olehperlembagaan dan boleh dipergunakan oleh perdana menteri tanpa kebenaran parlimen.
Selain daripada merupakan Ketua Kerajaan, perdana menteri mungkin mempunyai peranan atau gelaran yang lain — umpamanya, Perdana Menteri United Kingdom juga merupakanLord Perbendaharaan Pertama[1] Para perdana menteri juga boleh memegang jawatan menteri yang lain — umpamanya, semasa Perang Dunia IIWinston Churchill juga merupakanMenteri Pertahanan (walaupun tidak adanya Kementerian Pertahanan ketika itu). Banyak Perdana Menteri Malaysia juga memegang jawatan menteri yang lain, khususnya kementerian-kementerian yang penting seperti Kementerian Dalam Negeri danKementerian Kewangan.

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Tulisan Jawi: محضير بن محمد, dilahirkan pada 20 Disember 1925). Beliau amat popular dengan gelaran "Dr. M" dan nama pena beliau adalah Che Det. Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober2003, beliau menerajui Malaysia ke arah arus kemodenan dengan pantas dan memberi kemakmuran di setiap lapisan masyarakat Malaysia.
Pencapaian terbaik beliau adalah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang Melayu. Walau bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan dituduh bersifat kronisme.
Beliau juga merupakan seorang tokoh politikantarabangsa yang suka berterus-terang dan bersifat kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai Asia — kapitalisme autokratik yang dianjurkan oleh negeri — sebagai alternatif kepadaindividualisme Amerika Syarikat dan kapitalisme dasar berkecuali (laissez-faire).
Dr Mahathir telah dikaitkan dengan pembangunan pelbagai projek mega pada zaman pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC),Menara Berkembar PETRONASLapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC).
Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia", negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga. Pada Jun 2005, beliau dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia. Melalui perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan pemimpin paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara.

perdana menteri yang kelima


Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama TunAbdullah bin Haji Ahmad Badawi (lahir: 26 November 1939; juga dikenali sebagai Pak Lah) merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, mewarisi kepimpinan daripada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Beliau juga merupakan bekas PresidenUMNO ke-6, parti politik yang paling besar dalam Malaysia. Selepas melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia, 1 September 2009, beliau dilantik menjadi Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia(IKIM).[1]
Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau dilantik pada beberapa jawatan tinggi dalam kerajaan Malaysia. Namun, beliau dipecat sebagai Menteri kerana menyokong 'Team B' dalam Majlis AgungUMNO pada tahun 1987. Beliau tidak menjadi anggota kabinet lagi sehingga 1991. Anwar Ibrahim, yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri, dipecat oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 1998. Pada tahun 1999 Abdullah dilantik sebagai Timbalan kepada Tun Dr. Mahathir, dan pada tahun 2003, Abdullah akhirnya mewarisi jawatan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.

kerjaya juruterbang

Bayangkan jika anda salah seorang dari juruterbang yang menerbangkan pesawat Airbus A320 dalam masa beberapa tahun akan datang. Rutin harian anda ialah pergi ke LCCT setiap awal pagi dengan memandu sebuah kereta import. Tiba di sana anda mendaftar masuk ke pejabat urusan juruterbang dan mendengar beberapa taklimat ringkas mengenai tugas yang perlu anda jalankan pada hari tersebut. 30 minit kemudian anda menuju ke pesawat dan masuk ke dalam dek penerbangan untuk membuat pemeriksaan sistem avionik pesawat.

Selepas memastikan semua sistem pesawat dalam keadaan baik, anda menghidupkan enjin pesawat untuk menggerakkanya ke bangunan terminal untuk mengambil penumpang dan krew penerbangan. Sebaik sahaja pintu utama kabin pesawat ditutup, anda sebagai Kapten pesawat meminta kebenaran dari menara kawalan untuk berlepas. Pesawat meluncur laju di landasan dan terbang menembusi awan ke destinasi yang hendak dituju.

Semasa penerbangan anda boleh menyaksikan keindahan pemandangan Matahari terbit di waktu pagi. Pemandangannya sangat cantik sehingga membuatkan anda berasa sangat bertuah kerana berjaya mencapai cita-cita anda menjadi seorang juruterbang dengan bayaran bulanan yang agak lumayan. Pasti anda berasa sangat bangga apabila ramai orang yang mengenali anda berasa kagum dengan keberanian anda menerbangkan sebuah pesawat berteknologi canggih menembusi langit. 

cheat ninja saga bgi pljt bt2 yg main ninja saga di fb


1.buaka ninja saga dan CE



-Klik Select proccess to open (gambar komputer kecil kedap-kedip)
-Pilih browser yg kalian gunakan sekarang misalnya Google Chrome, flock ato mozilla…
-untk mozilla select proses plugin container.exe
-Biarkan Value Type’nya 4Bytes.
-Centangi Asrom,
-Scan jumlah token yang kalian miliki,.
-akan muncul banyak adres, untuk melakukan baypass, klik next scan 5 kali,
-setelah itu exchange 1 buah token kalian dengan gold di headquarters. (1 token = 20 gold)
-masukkan jumlah token kalian yang baru, kmudian klik next scan.
-kemuadian akan muncul 1 adress, jika lebih pilih salah satu saja.
-klik 2x atau pilih adres itu dan kemudian klik tombol copy selected item (gambar kursor merah). sampai pidah k bawah adresnya.
-kemudain tambahkan adressnya dengan +4 (contoh : 0382B1FE dtiambahkan di belakangnya +4 menjadi 0382B1FE+4).
-setelah itu valuenya pasti akan berubah menjadi 1. (1 artinya accoun berstatus free).
-ganti valuenya menjadi 2 (status premium user).
-terakhir cek status user kalian..kalian sudah menjadi premium user..

2. NB : cheat ini hanya bisa digunakan untuk membei jutsu menjadi 3..

kerjaya doktor

DOKTOR dalam bahasa Perancis Lama dieja ‘doctour' yang membawa maksud paderi atau mengikut bahasa Latin Zaman Pertengahan bermaksud guru agama atau penasihat. 

Selepas melalui proses asimilasi bahasa selama beberapa ratus tahun, terutama selepas rantau Eropah bebas daripada Zaman Kegelapan dan menerima pengaruh Islam, manakala dunia perubatan terus berkembang hasil kehebatan tokoh Islam Ibnu Sina, perkataan doktor akhirnya diguna pakai dan difahami sebagai orang yang mengubat penyakit atau penyembuh sampai hari ini.


Kerjaya doktor pula dianggap sebagai pekerjaan murni kerana dilihat sebagai perantara antara hidup dan mati. Malah, dalam Islam kerjaya doktor dikelaskan sebagai fardu kifayah.